Wasiatku....
aku muhammad azra'ie rafi'ee
sama seperti insan lain yang bernyawa dan berperasaan
yang diwujudkan di dunia dan juga akan dighaibkan
dunia ini bukan aku miliki
alhamdulillah, bismillahir rahmanir rahim
syukurku kerana kewujudanku di dunia
dunia yang diisi dengan kasih sayang
menhirup udara yang sama dengan insan sekililing
Keluarga, saudara-mara, teman dan juga musuh
Akan tiba suatu masa, aku tak lagi menghirup udara yang sama
Tuhan Oh tuhan,
Sungguh belum ku sedia untuk meninggalkan dunia ini
Masih ada lagik hati yang perlu ditenangkan
Ada lagik kewajiban yang harus aku lakukan
Dan juga kewajiban menebus dosa
Hampa dapat dirasakan
Gembira, suka turut bersama
Akan tiba hari perpisahan roh dari jasad
Dan aku aku kembali kepada Ilahi
Tuhan Oh tuhan,
Peliharalah keluargaku sebagaimana Engkau pelihara orang-orang alim
Jauhkanlah mereka dari segala musibah, bala'
Tuhan yang Maha Kuasa, jagalah ibubapaku
Sesungguhnya, aku terbiasa mendukakan hati mereka
Bukan niat ku untuk menghina or mencela
Tapi, aku sering ingin membahagiakan mereka
Jarang sekali mereka menyukainya
Sedih tetap sedih
Adakah ini suatu suratan?
Walaubagaimanapun, aku bersyukur akan kewujudan mereka
Kerna telah berani menyahut cabaran Tuhanku
untuk mendidik, membentuk dan mengajar si anak bagai kain putih
Redhakanlah mereka, Ya Allah untuk masuk ke syurga
Tuhan Oh tuhan,
jika malam ini malam terakhir bagiku
Lindungilah adikku yang bongsu dari segala gejala yang dimurkaiMU
Janganlah dia jadi seperti diriku
Bentukkanlah adikku untuk menjadi anak yang baik
Kepada keluargaku yang tercinta,
tidak pernahku membenci
Aku hanya remaja, insan berperasaan dan bernafsu
Ampunilah aku atas dosa-dosaku terhadap kamu
Tuhan Oh tuhan,
Jika tiada lagi mentari pagi bagiku
Aku pohon moga saudara maraku tidak dalam kejahilan
Dijauhkan musibah atau melakukan maksiat
Selamatkan mereka dunia dan akhirat
Sesungguhnya, aku bertemu mereka keranaMU
Tuhan Oh tuhan,
Andai selimutku berwarna putih seluruh
Bimbingkanlah teman-temanku ke jalan yang lurus
Dijauhi maksiat atau perbuatan yang dibenciMU
Selamatkan mereka dari bencana di dunia dan di akhirat
Juga, aku bertemu mereka keranaMU
Tuhan Oh tuhan,
Jika sudah masanya untuk ku berangkat
Pisahkanlah rohku dan jasadku dalam keadaan husnul khotimah
Permudahkanlah pengurusan jenazahku
Jauhkanlah aku dari azab kubur
Terangilah kuburku dengan amalan-amalan sebelum ini
Ampunilah aku, Oh Allah!
Ketakutan menyelubungi diri di saat akhir itu
Selamatkanlah aku dari segala azab
Redhakanlah aku ke dalam syurga bersama orang-orang yang mengikut perintahMU
Allahumma!!
Amin