Ketetapan suatu jawapan.
Telah disampaikan tanpa disoalkan.
Silam tidak akan berbunga lagi.
Tidak mengerti dirinya sendiri.
Senyuman dan gelak pernah mengiring.
Hanya digelar sebagai bising.
Teranggap tiang antara bicara.
Sewaktu mesra dua saudara.
Membisukan diri kerna segan.
Masalah yang rumit dijadikan alasan.
Mungkin beza antara usia.
Ada juga mungkin harta dan keluarga.
Telah silam mengajar sesuatu.
Biarnya ghaib ditiup angin bayu.
Terselindung disebalik Senyuman.
Gelak Ketawa menjadi ikutan.
"Tidak mungkin ia bertahan hanya untuk minggu ini sahaja..."